Janji menghapuskan tol yang lantang disuarakan semula oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) disifatkan tidak realistik dan tidak akan berjaya dilaksanakan.<br /><br />Malah tegas Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, PH gagal laksanakan tawaran berkenaan walaupun pernah ambil alih tampuk pimpinan selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.
